Ahad, 31 Januari 2010

mimpi sedey

aku dapat kol dr hospital...kata en.suami excident...bkn itu saja, malah dia dah x de...
tibe2 aku rasa kaki aku lemah longlai, sekeliling aku gelap gelita..bap!!! aku jatuh. pengsan entah brapa lama.. bila aku sedar semua urusan sudah selesai dilakukan oleh keluarga..
aku diam, x ckap ape2, aku x bole pk, aku pandang anak2..aku x bole sedih dpn mereka...tp air mata aku jatuh sendiri..aku rasa mcm mimpi, dan aku brdoa semoga ini mimpi...aku x henti2 berdoa..
kenapa abg tgglkn ummi??? aku jerit dlm hati.
kenapa abg???
mcm mana dgn anak??
semua persoalan x de jwapn..
yg ada cume rasa kosong dlm hati aku..
berhari2 aku cuba pujuk hati terima kenyataan
berhari2 aku x berkata2
aku rasa sepi..
aku bdoa lagi..."mudah2an ini hanya mimpi"
sedang aku mengesat air mata tdgr suara fateeh menangis nakkan susu
aku bangun dr pembaringan...Alhamdulillah...mmg aku mimpi..

tp walaupun mimpi satu hari moody sbb mimpi cam gini...ishk...tak mau le mimpi camgini lagi..

p/s: ai le biu en.suami!

Berkorban Demi Cinta - Hijaz

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Ahad, 24 Januari 2010

Muhammad Al-Fateeh


salam...lamanya x menulis, cam tepu jek kpale..huhuhu..
ok la...alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorg lg putera kasih kami. aku berpantang di klang.. disisi encik suami dan muhammad Zufar. At first zufar mcm x phm knapa ummy dia ada baby lain, jeles gak tgk ummy asyik layan baby jer..tp lelamer ok..dia tau Fateeh tu adik dia. skrg ni, dia dah pandai layan fateeh berbual (bhase fateeh la..) n klu nak tido mesti nak kiss adik fateeh dulu. comey kan..
hurm...fateeh skrg dah pandai ketawa tergelak2. mcm x caya jerk sbb umo dia baru masuk 2 bulan lebey..itu menjadikan sy x sbr2 nak blk keje stiap hari...
syg abg n adik! abah juga ;)

Khamis, 14 Januari 2010

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

sy dapat email dr sorg kawan tentang perkara ini..sy nak kongsi dgn sume.. teringat zufar yang celoteh..x henti2 bertanya, kadang2 soalan yg sama walaupun sudah diberi jawapan...huhuhu..agak menguji kesabaran..

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA


Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting.
Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA


Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN


Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH


Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.


6-GELETEKLAH BAYI ANDA


Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7-TUNJUKKAN PERBEZAAN


Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8-BERKONGSI PANDANGAN


Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA


Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


13-BERI KATA KUNCI


Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


14-BERI KEJUTAN


Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan.
Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU


Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok.
Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.


16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.


17-MAIN CAK-CAK


Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa.
Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA


Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.


22-BIAR DIA MEMBEBEL


Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23-LATIHAN MENEKA


Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.


24-BINA LALUAN HALANGAN


Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.


25-IKUT RENTAKNYA


Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK


Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


27-RASA SEKELILING ANDA


Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.


28-CERITAKAN KISAH DONGENG


Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH


Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.


30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS


Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


31-GOYANGKAN BADAN


Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


32-JADILAH TAMAN PERMAINAN


Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.


33-KIRA SEMUANYA


Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA


Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")


35-TUTUP TV


Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


36-TUKAR PEMANDANGAN


Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA


Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA


Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya.
Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.


39-MAIN HUJAN


Lompat ke dalam lopak air yang besar.
Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.


40-MENANGKAP SERANGGA


Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


41-BERGURAU-SENDA


Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.


42-MAIN DENGAN PAKAIAN


Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.


44-HASILKAN ALBUM KELUARGA


Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA


Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN


Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka.
Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET


Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


48-MAIN BERULANG-ULANG


Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi.
Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN


Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!

Ahad, 25 Oktober 2009

ke kedai bunga

ke kedai bunga puan julia buat saya separuh kemaruk. bunga lavender yg tibe2 menjadi minat saya terus disambar bersama pasunya. harap2 sempat lah saya menggubah sebelum si kecik ini keluar. tidak lupa pokok cactus sebanyak 12 pasu chumel yg emak belikan sepanjang percutiannya di cameron highlands minggu lepas. hajat di hati nak ikut juga tp kerana saya sudah terlalu sarat maka terpaksa mengalah dan berharap dapat kesana lagi ujung tahun nanti...boley ke en.suami...?
saya juga ada membeli bunga ini...santekk kan..

pasu besar utk cactus dah beli cume blm pindah kan saja. hari ni sume pokok2 ini akan di bawa ke rumah yg aku rindu itew.. walaupun cuti utk berpantang, tp bercucuk tanam mesti bule kan.. x sbr mghijaukan rumah..moga2 juga zufar x kcu bunga2 umi. dan setakat ini mmg dia x usik lagi.. wah! seronoknya becuti panjang di rumah..klu ada kesempatan untuk online nanti akan saya upload kan gambar2 bunga2 saya yek!

Sabtu, 10 Oktober 2009

persediaan sebelum bersalin

hurm....lama tak update blog. nak kata sibuk, tak sgt...tp mgkn buat2 sibuk..hihihi...
tp dlm kesibukkan beraye, bekerja, dan ber yang sewaktu dgnnya...ada satu ber yang semakin aku rasai kehadirannya...itulah dia.."berperut"..:)
skrg ni dah 34 minggu lebey...aku mkin x larat utk xtvti lasak, lbh2 lg utk mendukung zufar yang sudah 2 tahun lebih itew. apa yang pasti, zufar paham umi dia semakin "gumuk". kdg2 dia usap2 perut dan bg salam. ntah sapa yang ajar dia, aku pun x tahu. dia kata dlm perut tu ada baby. aku senyum jer. bijak sungguh anak abah sorg nih!
check up mggu lps, dokter kata baby dah berada pada kedudukan normal, Alhamdulillah. cuma tggu masa nak kluar. dokter dah suruh prepare bebarang baby n standby kat dlm kete. so aku pun basuh baju2 zufar yg lama. kemaskan almari utk brg2 baby.. n cuba bersedia dari segi mental n fizikal utk mghadapi sbrg kemungkinan. cuti pun dah apply awal 2 minggu dr due. nak rehat, blk klang, n luangkan masa dgn suami n anak. smbil2 tu leh wat preparation uutk cr ubat / set bersalin time pantang nanti. so..setelah di pk2 senarai brg utk ke hospital aku list cam ni...

2 atau 3 psg pakaian baby yang lengkap
mitten/bootie2
3 diaper utk baby (bergantung berapa lama kat hospital)
kain lampin
tuala baby dan ibu
selimut baby
pakaian ibu termasuk baju sejuk
setokin ibu
selipar yg grip utk ke toilet
Pad bersalin utk ibu
minyak angin utk baby n ibu
botol susu (standby)
wet tissue
n lotion

Sabtu, 12 September 2009

Balang kuih raya


so...inilah dia balang kuih raya pertama yg aku telah hasilkan...cume blum jumpe bunga yg sesuai utk deco pd bakul...ingat nak cari bunga lily warne putih...tggu off day utk ke kedai bunga...x sbr rasa. ada juga yg bertanya akan harga...hm...rasanya kalau guna bakul rotan mgkin boleh dijual pada harga rm80 ringgit satu set.

bagaimanapun, untuk mereka yang tidak mahukan bakul terdapat juga pilihan tanpa bakul yang dijual pada harga rm50 ringgit per set. contoh gambar adalah seperti dibawah.

balang2 kuih ini dihasilkan sendiri oleh abang saya..malah anda juga boleh saya terus membeli di kedainya (Baby Shop) yang terletak berhampiran dengan politeknik pasir gudang. selain itu kedai pakaian kanak2 itu juga sedang membuat promosi bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. terdapat pelbagai pilihan jenama pakaian bayi seperti Fiffy, Tollyjoy, Pureen, Al-amin kids, GAP, dan banyak lagi dari umur newborn hingga 12 tahun. malah kedai ini juga menyediakan peralatan dan keperluan untuk bayi seperti botol susu, barut bayi, tisu basah, buaian, stroller, mainan bayi dan kanak2 serta banyak lagi. Selamat berhari raya!

BABY SHOP
No.51, Jalan Intan 13,
Taman Cahaya Masai,
81700 Pasir Gudang,
07-2527433
012-7596157 (En. Zack)

Khamis, 10 September 2009

Engkau Terbaik Untukku..

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.



SILAP ISTERI


Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

[]Wahai kaum wanita, aku lihat []
[]kamu ini lebih banyak di neraka".[]

[]Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
[]demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' []

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
[]
[]yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: []

[]1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah []
[]2. Kamu kufurkan kebaikan suami.' []



Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG


" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Tangan Yang Indah

seorang teman kirimkan saya email ini, saya kongsikan bersama agar kita sama2 menghargai stiap ibu yg ada di dunia ini...

Tangan
Yang Indah

Kepada sesiapa yang masih ada ibu...


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali
ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya..

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hatisaya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu..
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.........

Jumaat, 28 Ogos 2009

ulangtahun perkahwinan ke-3

sedar x sedar masa berlalu...aku pun terleka akan tarikh bahagia ini..time kasey en.suami atas kiriman e-kad itu...dan akan ku kongsikan bersama teman2 ilmu berguna yg en.suami sisipkan didalam e-kad nya...


Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.

*************************************************


\"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.\"


\"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)\".


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.


Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.


Wallahu a\'lam.

adik zufar

inilah wajah adik zufar..mggu lepas ada detail scan kat UMRA. so inilah hasilnya..nampaknya baby malu...sume gambar dia nak tutup muka. inipun doc ambil gambar dr tepi. lagipun kedudukannya sekarang songsang..so tggu bberapa minggu utk kmbali ke kedudukan normal. alhamdulillah baby chat, dr kiraan kmngkinan awal beberapa hari tarikh jangkaan bersalin. tp sume ok..hm..cume umi dia jer yg semakin hari semakin mekar mengembang...hihihi..masuk minggu ni dah 3 minggu berat aku naik mendadak. sampai 1.1 kilo stiap 1 minggu. so bygkn je la...kaki pun cam bengkak skit. hari ni baru masuk 28 minggu pregnant..ada lebih kurang 12 minggu lg..tp mngkin boleh jd 11 minggu lg..atau lbh awal lg...mcm zufar cuma awal 4 hari dr due date. preparation kali ni mgkn x kelam kabut..sbb baju zufar byk..cume belum basuh lagi..brg2 pun kebanyakkan dah ada. aku cume perlu masa utk kemas brg2 dia jer. hopefully sume bjalan dgn baik..amin..
p/s: en.abah...jgn lupe, sy nak kluar lagi 12 minggu..

Khamis, 27 Ogos 2009

kerabu mangga


ok, atas permintaan puan jus, saya letakkan resepi kerabu mangga saya disini, tp sbnrnya ada mcm2 stail kerabu mangga yg sy pernah mkn, resepi yang ini simple aje nak buat pun senang..yang pntg sedap! cheeewah! ups..gambar diatas tu sy cr kat google yer..bkn sy yg wat! klu sy ada wat nanti sy tempek gambar kat sini..ok..slamat mencube..

Ingredients:

Bahan-Bahan:
1 biji mangga muda - mayang memanjang..(pn jus punya mangga sebijik leh dapat kerabu mangkok besar wooooo...:)
3 ulas bawang merah - hiris nipis
3 biji cili api - potong kecil
udang kering - digoreng
Kacang Tanah - digoreng
gula + garam secukup rasa
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis - ambil air perahan
lobak merah/salad-hiris memanjang..ikut sukalah..

Directions:
Cara:
Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.

Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.

Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.

Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Rabu, 19 Ogos 2009

Anemia

saja kongsi info ni..hm..sbnarnya aku kena anemia pada minggu ke 13 kehamilan, walaupun mkn ubat, aku x berjaya atasi masalah ni walaupun skrg dah 26 minggu. masih berusaha untuk menjadi lebih baik, wlaupn pregnant kali ni agak byk cabaran n perlukan ketahanan mental yg kuat..malah kerana suspect kencing manis, skali lagi aku kena minum air gula utk test MOGTT isnin haritu. walaupn result msh blm diterima, skrg ni aku tetamu setia klinik ksihatan hampir stiap hari dgn alasan kenaikan berat badan mendadak..ishk...ishk...bole pulak naik 1 kilo lebih dlm seminggu. patutlah kaki cam penat nak diri lelamer..time2 cam ni..sensitif x usah nak cite la,
apapun plg pntg waktu ni en suami sentiasa memahami dan memberi sokongan padu. walaupun muhd zufar suke mendera saya akhir2 ini...mgkin trase kurg ksh syg n perhatian agknye...umi cakit? soal zufar sambil picit2 kaki aku...uish...anak ummy btol....

Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, berjumpalah doktor kerana anda mungkin menghidap anemia.

Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :

  • {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

  • Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
  • Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
  • Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.

Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, infosihat.gov.my

Jumaat, 14 Ogos 2009

cactus

ape perasaan korang bila tgk gambar pokok cactus ni? a. jeles b. geram c. nak jugak!!! d. x de perasaan. hm....klu jawapan korang a,b,atau c itu maknanya korang perempuan yg normal. hihihi.. x de lah..saje je.. ada gak perempuan yg x suke ngan pokok. lgpun ada duri pokok cactus yg sesetengah manusia alergi klu trpegang. nanti jd bengkak dan merah2 tangan. sbnrnya aku terjatuh cinta dgn cactus mase blaja kat UiTM shah alam dulu..mase tu part 4, kita org wat group project ttg cartoon animasi yg guna location mcm pdg pasir. so aku gi la cari bhn2 yg diperlukan termasuk pokok cactus ni...lps settle project tu aku ambik blk pokok tu dan tanam dalam pasu kat umah sewa...dgn x pernah siram cume kena tempias hujan jer pun pokok tu still hidup (sbb umah sewa aku apartment tgkt 2)..dan makin byk...sampai x muat pasu walaupun guna pasu agak besar juga...malah ada kawan2 yg ambil anak2 dia yg dah tumbuh hingga ke luar pasu..(hopefully pokok2 korg dah bsr la...). dan setelah tamat belajar, sepasu pokok itu ku bawa pulang ke semenchu....still hidup n gemok sihat...hihihi..tp x semua pokok cactus bole sy ternak. ada gak yg mati..mgkin cuaca x sesuai kot. tp sy suke pokok ni..sbb dia unik n comel. kdg2 bila gi kedai buku n ternampak gambar pokok cactus jer...terus beli... tah aper2... klakar jer kan... lagi giler mase gi cameron dolu2, penah tgk landskap guna pokok cactus sahaja..giler cantik n menarik! teringin nak ada taman mcm tu...tp pokok dorg dah tua2. lama betol dorg tanam. sampai sama tggi ngan aku. hebat kan! hm...nak ajak en.suami gi cameron lg la... damai jer view hijau kat sana..sejuk...hihihihihi!

Rabu, 12 Ogos 2009

dirumah bersama zufar

off 2 hari lepas aku blk klang, settle hal2 yg x settle lg. en suami bekerja..jd aku dirumah saja seharian. mujur ada muhammad zufar yg kuat menyengih itew. dia pun dah semakin serasi dgn rumah sendiri. seronok tgk dia main dalam umah, bila petang je dia ajak keluar nak main basikal ngan anak2 jiran. kebetulan dalam taman tu ramai budak yang sebaya dengan zufar...seronok lah dia..kalau aku x bg kluar, dia tggu abah dia balik...confirm abah layanzzzz. aku brjaya luangkan mase utk tanam pokok cactus. sgt puas hati...sbb aku sgt suke pokok cactus! comel dan unik. nampaknya akak zakiah juga sudah berjinak2 dgn pokok cactus. aku tgk dia baru beli anak2 cactus n buat taman mini...wah...x bole jadi ni..usaha membiak taman cactus aku harus dipergiatkan...lgpun pokok tu siram dua mggu skali jer...so x pe kalau kena tggl2. zufar pun tak kacau sbb ada duri tajam...hihihihi...seronoknyer....

Sabtu, 8 Ogos 2009

Jangan Pernah Berubah - ST 12

Biarkan waktu teruslah berputar
mencintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan

cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan

*kau meninggalkan ku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah mencuba untuk berubah
x relakan yang indah hilanglah sudah

ulang*

ku relakan yang indah dalam hatinya..

cam sedap jer lagu nih..lirik pun ok..dgr la sendiri...

Jumaat, 7 Ogos 2009

3 bulan lagi...

en.suami bawak aku check up kat UMRA 2 minggu lepas. mmg aku x penah scan lg. so doktor pun bg gambar baby pd kami utk disimpan. tkejut juga bila wat scan 3d ni..dpt tgk dgn jelas. aku tgk wajah dia mirip zufar. sgt comel, kecik jer, mcm x sedar je dia ada dalam perut aku.. dalam kesibukkan aku sehari2, aku kdg2 terlupa luang mase utk bcakap dgn dia. mase zufar dulu, aku tak bekerja n tggl ngan en.suami..jd perhatian diberikan sepenuhnya utk zufar. sian baby..ummy abaikan dia ya..sorry.. ok lagi 3 bulan zufar jd abg..x sabar nak main dgn baby, bau dia, uish...sedap. sbnrnya takut gak nak bsalin lg...pgalaman masa lahirkan zufar mash trbayang2 lg, tp cam seronok nak tambah ahli family.. hm...
Ya Allah, permudahkan jalan untuk hamba mu ini..amin..

Khamis, 6 Ogos 2009

zufar masuk wad


mggu lepas zufar demam, asyik muntah2. check kat klinik meru, doktor bg ubat. demam surut tp zufar still muntah skit2. aku tgk dia mkin sht so aku blk johor. dah seminggu cuti, byk gak list keja yg perlu disettlekan. hari kedua aku keja, en suami kol ckp zufar kena tahan wad. aku terus inform office dan amik EL, balik shah alam. sampai je kat hospital aku tgk dia tgh baring atas katil, tangan berbalut dan ada jarum untuk masuk air. sebaknya tgk anak sakit.. walaupun dia riuh dgn telatahnya. bila aku cium dia, dia ckp " ummy, kakak cakit.." sambil gosok2 tangan yang berbalut tu. aku ketawa dgr kata ganti nama yg dia guna sambil pujuk dia. bilangan sepupu perempuan yg ramai disebelah aku membuat dia terikut2 membahasakan diri sbg kakak. tp x pe, nanti bila dah ada adik aku yakin pggilan tu akan brtukar kpd abg..3 hari 2 malam di wad, akhirnya zufar dibenarkan pulang. seronok dia dpt main kat umah. tp en suami plak demam, 3 hari jugak dia terbaring, sampai muke pun naik bengkak dan merah2. hm...musim demam.. malam selasa aku blk kota tinggi..sbb ada check up kat klinik pg tu..

Khamis, 16 Julai 2009

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

huhuhu...cube check dimana anda berada....

April 8th, 2009

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Jumaat, 10 Julai 2009

Kain kafan tak cukup........astaghfirullah!

mail ni aku terima dari seorang kawan, dan aku kongsikan utk renungan bersama...mudah2an ada kesedaran dalam diri n hati kecil kita...amin...

Renung-renungkan dan Selamat beramal.

Assalaamualaikum wm.wb

Apa yang ingin saya paparkan ialah kisah benar, satu kebesaran ALLAH yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

Anak saya bertugas di Pusat Islam Johor. Pada suatu hari telah diadakan satu kursus pengurusan 'jenazah' seorang wanita.

Untuk tujuan itu dipilihlah seorang peserta yang kecil molek untuk dijadikan model. Kain kapan yang biasa digunakan untuk
kursus ini sebelumnya mencukupi ukurannya. Pendek kata cukuplah, apatah lagi untuk 'membungkus jenazah' yang kecil molek tadi.



Tetapi, pada ketika itu.....semua yang hadir kehairanan, puas diadjust, masih tak cukup dan terdedah. 'Jenazah tadi pun turut cemas,

lantas menangis tersedu-sedu. Maka tertangguhlah urusan 'mengkafan' tadi.

Hadirin semua tertanya-tanya sesama sendiri. Jawapan belum diketahui..kekusuta n belum terungkai.

Seorang ustaz memanggil model jenazah tadi untuk cuba ditenangkan. Setelah dipujuk dan disoal;



begini jawab Si Model, dia sering meninggikan suara dan menengking suaminya.

Astaghfirullaahal' azim..... Ustaz meminta beliau memohon ampun kepada suaminya dan bertaubat kepada Allah.

Begitulah kisahnya. Allah sayang akan hambanya dan diberi ingat sebelum dia tadi meninggalkan dunia.

Moral kepada kisah tadi; Pada lazimnya kita amat peka untuk menghormati/ mentaati kedua ibu bapa,

TETAPI

menghormati / mentaati suami (selagi ia tidak bertentangan dengan syarak bagi sesetengah isteri (maaf tak semua) dianggap tidak penting dan tidak
dituntut.

Wahai muslimah, andainya kamu telah mentaati semua perintah ALLAH dan RasulNYA, kemudian mentaati suamimu, maka pilihlah dari mana-mana pintu untuk kamu
masuk syurga