Jumaat, 17 September 2010

aku tahu, dia tahu (Rahsia hati)

digigit kenangan itu
kemaafan bagai sudah habis tidak berbaki
semuanya bagai mimpi
dia yg ada dalam hati
dia juga yg melukai
ntah apa yg dinanti

aku tahu dia pasti melukai lagi
berulang kali..
mimpi bahagia sudah basi
kenyataan bagai lakonan
aku masih bertahan
hati tawar ku tahan

Tuhan, rahsia ini hanya Kau yg tahu
ketabahan yg Kau berikan itu
seakan goyah ketika itu
aku pohon padaMu
kuatkan aku..kembalikan cinta seperti dulu
ikhlaskan hati ini Ya Allah...

                                                                                                ...menganyam mimpi menjadi realiti...
                                                                                                                 Meru, Klang

salam Aidil Fitri

wah! lamanya saya dilanda virus malas mengupdate blog..  sepertinya virus itu telah menyebabkan idea2 menulis saya juga turut terdelete dr ingatan..hahaha! mengarut! trdapat senarai panjang cerita yg telah hilang dr senarai... tak mungkin terungkai disini jika menjerut rasa.. seperti biasa...hampir 5 bulan berlalu.. zufar sudah 3 tahun 3 bulan..usia perkahwinan menjangkau 4 tahun 1 bulan..fateeh sudah 10 bulan...malah sudah melangkah setapak dua..manis dengan 2 gigi bawah..

selamat hari raya semua! maaf zahir n batin! tahun ni saya beraya di Johor! kami sekeluarga berkumpul di segamat, rumah Atok mak. seronok dapat jumpe semua. baru terasa betapa besar keluarga kini. cucu mak n ayah sudah 15 orang. walaupun majoriti anak mereka 4 org. tp nisbah lelaki n perempuan = 1:3, tp berlainan dgn kes saya..hahaha..oleh sebab itu, bila berlaku kekocahan dikalangan anak2 sedare sy pasti pergi tgk...sbb kebarangkalian keterlibatan anak saya adalah 70%  ..hebat bukan!!! mungkin sbb aura umi n abah mgalir dlm tubuh mereka..syabas!!!

paling sedih...tidak ada gambar pagi raya atau sepanjang beraya...ini kerana hp kesayangan saya tibe2 meragam...x dptlah nak merakam detik2 pg raye tahun nih. tp x pe..klu ada gambar trkini akan sy update k.

Rabu, 9 Jun 2010

Muhammad zufar al-bukhari


salam..lamanya x update blog. byk sgt citer..smpai dah x bole nak citer. hahaha!
sebulan dua mencari keserasian antara dunia kerjaya yg baru n kehidupan bersama suami dan anak2 terchenta. so far alhamdulillah ok. msh mencuba menjadi ummy yg lebih baik dr masa ke semasa. teringat satu dialog ngan zufar baru2 nih.
kata zufar "ummy pegi mana?"
saya tanye balik "bila?".
"hari tu, semalam2 tu? yg jauh2 tinggal zufar tu" jwb dia. jelas walau x tersusun.
"oh..ummy pegi keja, naper?" saya buat soalan pancing
"ha..gi keja..ummy x gi lagi ke?" jwb dia wat sy yg tpancing
"tak...umi dah x kije kat sane. ummy nak duduk kat sini jaga zufar ngan adik fateeh" sy jwb, tp sebak dah..
tibe2 zufar ckp lg "ummy jgn tinggal zufar lg tau! nanti ufar sedih karang..nanti sian ufar"
sy diam..nak jwb "ok" tp x terkeluar..sebak sgt2.
skrg, hari2 dia akan cari sy lepas balik dr umah mak tok nyer.
masuk umah terus pggil nama, klu sy x jwb, dia cr sampai dapur. mgkin dia nak pastikan, sy x tggalkan dia lg..hm...

"perkara terbaik apabila menjadi seorg ibu adalah ketika melihat lahirnya bayi sendiri dan memerhati setiap perkembangan pembesarannya.."

Selasa, 13 April 2010

rumahku syurgaku

zufar suka betul sepahkan kawasan ni. tempat dia bermain. duk atas sofa, celah2 bantal, tarik alas meja, cabut bunga..agaknya seronok tgk umi kena kemas sepah dia. huh!

adik dah tido..abg zufar pun dah ngantuk..

hampir sebulan duk umah. tp tak terasa sgt. sibuk mnguruskan hal2 rumah. jaga anak2. seronok layan kerenah si zufar. al-fateeh sudah meniarap. kdg2 berguling2..mgkin teruja tgk si abg asyik bermain. so masa berehat2 dah tamat. hari khamis start kije. tempat baru, persekitaran baru, tugas baru, tanggungjawab baru, kawan2 baru, segala-galanya baru. yg best x perlu drive jejauh cam dulu coz tempat kije dekat. hoyeh!!

Sabtu, 27 Mac 2010

3 lelaki dihaty saye!


cam best kan tajuk? huhuhu...suspen jek! tajuk pancing je nih!
salam.
lama x tulis ape2 kat sini..hm, actually byk perubahan dlm hidup skrg nih. dah pindah klang. duk ngan en suami. anak2 dpn mata. so far jd hausewife dah seminggu nih.
kije? hm...still mencari. busy menguruskan hal rumah sehari2..byk sgt idea nak deco rumah sebelum ni..skrg la masanya..huhuhu..
semakin hari berlalu, semakin mengenali diri..kelemahan dan kekurangan diri disedari. ukhwah diperbaiki. hati org2 yg tersayang cube diselami. hm..hati suami? ;) punye rahsia tersendiri...apepun happy belated birthday en.suami! semoga dipanjangkn umur n dimurahkan rezeki! amin..bkn lambat wish, tp entry ini baru saja ditulis.

Rabu, 17 Mac 2010

Tupperware SALE!





kengkawan, kalau ada yang berminat nak jadi ahli tupperware or order barang, inform me ok. ;)

Khamis, 4 Mac 2010

FAMILY

saya dapat petikan ni dr seorg teman lama, rasanya sgt2 tersentuh lps baca..mgkin sbb ada kaitan atau lbh kurang sama dgn realiti kehidupan yg dilalui...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,



FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Ahad, 28 Februari 2010

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan. .......


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda
dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9.. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki
hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa
senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit
diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya,
sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.


Rabu, 24 Februari 2010

keputusan ini muktamad!

cam pelik jer tajuk...tp ini kisah benar...bukan lg mimpi sedey...tp kenyataan yg sgt manis pd aku..
akhirnya...aku buat keputusan. x nak dgr lg org kata apa2 pasal kptusan ni..sbb, KEPUTUSAN INI MUKTAMAD. en.suami pun ckp no komen..
so...dengan ini...secara rasminya diumumkan bahawa saya akan .......jeng je jeng....................
kembali ke klang n menjadi suri kepada rumah en.zaki sementara mendapat pekerjaan baru disana...hoyeh!!!!
maka ia akan berkuatkuasa pada 25 mac 2010 jam 05.01 pm.
sesiapa yg berpuas hati dgn kptusan ini sila bg = :)

Sabtu, 6 Februari 2010

Jual! Jual! Jual! PP Pants




KOD PANTS YANG ADA :

80CM - C1,C3,C4,C5,C6,3,4,6
90CM - C1,C4,C5,C6,4,6,B,H,G,F
95CM - C1,C4,C5,C6,4,6,F,G,H


salam sume,
Seluar comel untuk dijual...
stock yang ada adalah seperti diatas.
jika berminat boleh hubungi saya...harga RM 12/1 helai...
cepat!!!!!!!!!! stock terhad. hanya ada 2 helai untuk 1 size.
untuk yang berada diluar kawasan....
sila :
1) ym / fb / email saya untuk confirmkan cara bayaran
2) harga tidak termasuk kos pos yerk!

size mengikut umur
Umur
Tinggi




Age Height (cm) Age Height
3M 56cm 0-0.3 52-59
6M 65cm 0.3-0.6 59-73
1Y 75cm 0.6-1 73-80
1Y-2Y 80cm 1-2 75-85
2Y-3Y 90cm 2-3 85-95
3Y-4Y 100cm 3-4 95-105

Ahad, 31 Januari 2010

mimpi sedey

aku dapat kol dr hospital...kata en.suami excident...bkn itu saja, malah dia dah x de...
tibe2 aku rasa kaki aku lemah longlai, sekeliling aku gelap gelita..bap!!! aku jatuh. pengsan entah brapa lama.. bila aku sedar semua urusan sudah selesai dilakukan oleh keluarga..
aku diam, x ckap ape2, aku x bole pk, aku pandang anak2..aku x bole sedih dpn mereka...tp air mata aku jatuh sendiri..aku rasa mcm mimpi, dan aku brdoa semoga ini mimpi...aku x henti2 berdoa..
kenapa abg tgglkn ummi??? aku jerit dlm hati.
kenapa abg???
mcm mana dgn anak??
semua persoalan x de jwapn..
yg ada cume rasa kosong dlm hati aku..
berhari2 aku cuba pujuk hati terima kenyataan
berhari2 aku x berkata2
aku rasa sepi..
aku bdoa lagi..."mudah2an ini hanya mimpi"
sedang aku mengesat air mata tdgr suara fateeh menangis nakkan susu
aku bangun dr pembaringan...Alhamdulillah...mmg aku mimpi..

tp walaupun mimpi satu hari moody sbb mimpi cam gini...ishk...tak mau le mimpi camgini lagi..

p/s: ai le biu en.suami!

Berkorban Demi Cinta - Hijaz

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Ahad, 24 Januari 2010

Muhammad Al-Fateeh


salam...lamanya x menulis, cam tepu jek kpale..huhuhu..
ok la...alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorg lg putera kasih kami. aku berpantang di klang.. disisi encik suami dan muhammad Zufar. At first zufar mcm x phm knapa ummy dia ada baby lain, jeles gak tgk ummy asyik layan baby jer..tp lelamer ok..dia tau Fateeh tu adik dia. skrg ni, dia dah pandai layan fateeh berbual (bhase fateeh la..) n klu nak tido mesti nak kiss adik fateeh dulu. comey kan..
hurm...fateeh skrg dah pandai ketawa tergelak2. mcm x caya jerk sbb umo dia baru masuk 2 bulan lebey..itu menjadikan sy x sbr2 nak blk keje stiap hari...
syg abg n adik! abah juga ;)

Khamis, 14 Januari 2010

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

sy dapat email dr sorg kawan tentang perkara ini..sy nak kongsi dgn sume.. teringat zufar yang celoteh..x henti2 bertanya, kadang2 soalan yg sama walaupun sudah diberi jawapan...huhuhu..agak menguji kesabaran..

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA


Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting.
Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA


Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN


Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH


Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.


6-GELETEKLAH BAYI ANDA


Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7-TUNJUKKAN PERBEZAAN


Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8-BERKONGSI PANDANGAN


Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA


Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


13-BERI KATA KUNCI


Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


14-BERI KEJUTAN


Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan.
Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU


Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok.
Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.


16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.


17-MAIN CAK-CAK


Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa.
Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA


Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.


22-BIAR DIA MEMBEBEL


Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23-LATIHAN MENEKA


Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.


24-BINA LALUAN HALANGAN


Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.


25-IKUT RENTAKNYA


Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK


Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


27-RASA SEKELILING ANDA


Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.


28-CERITAKAN KISAH DONGENG


Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH


Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.


30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS


Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


31-GOYANGKAN BADAN


Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


32-JADILAH TAMAN PERMAINAN


Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.


33-KIRA SEMUANYA


Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA


Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")


35-TUTUP TV


Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


36-TUKAR PEMANDANGAN


Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA


Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA


Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya.
Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.


39-MAIN HUJAN


Lompat ke dalam lopak air yang besar.
Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.


40-MENANGKAP SERANGGA


Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


41-BERGURAU-SENDA


Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.


42-MAIN DENGAN PAKAIAN


Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.


44-HASILKAN ALBUM KELUARGA


Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA


Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN


Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka.
Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET


Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


48-MAIN BERULANG-ULANG


Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi.
Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN


Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!