Rabu, 31 Disember 2008

pahala terakhir seorang isteri


ni ada satu lagi cite. sedey.. sadis sungguh..untuk para isteri, ambillah ikhtibar atas kejadian ini..lebih2 lagi untuk aku...


Muhasabah Diri : Pahala Terakhir Seorang Isteri
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi
keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun,
urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak
pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan aktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap
tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat
adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.

Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat.

Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak
memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat,"
lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali .panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.

Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Tentang "Perkawinan, Pria & Wanita"

Tentang "Perkawinan, Pria & Wanita"


1. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehnya dengan perkawinan .

2. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebagian kemerdekaannya.

3. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebagian teratasi dengan kawin dan sebagian yang lain teratasi setelah ia masuk liang kubur.

4. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

5. Jangan menyalahkan perasaan istri anda karena perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

6. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang pria.

7. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehnya, ia menginginkan segala-galanya.

8. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

9. Kecantikan wanita tidak berarti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

10. Sebelum kawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

11. Barangsiapa mengawini wanita karena hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

12. Wanita adalah bintang dan pelita bagi pria. Tanpa pelita, pria bermalam dalam kegelapan.

13. Wanita lebih cepat daripada pria dalam menangis dan dalam mengingat peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

14. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkansesuatu.

15. Sirnalah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikansuaminya kawan yang termulia.

16. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidakmengenal pertengahannya.

17. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia kawin.

18. Tidak mungkin seorang pria hidup berbahagia tanpa didampingi oleh istri yang mulia.

19. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara pria mencintai untuk hidup berbahagia.

20. Kejeniusan wanita terletak di dalam hatinya.

21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

22. Cincin kawin adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mencicil harganya setiap bulan tanpa henti.

23. Sesungguh hya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum pria yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

24. Bagi pria, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua pria tetapi sebagaisumber kebahagiaan seorang suami.

26. .Pada waktu bertunangan, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan istri banyak berbicara dan para tetangga mendengarkan.

27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

28. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

29. Istri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada diantara pria yang dicintainya dan yang mencintainya.

perbezaan antara lelaki dan wanita


Perbezaan di antara Lelaki dan Wanita ...

Hadirnya kita semua untuk berkasih sayang kan ... sama2lah kita renung sejenak
dan berfikir ...

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik
nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak
sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka
dapat menukarnya menjadi tenaga. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih
halus. Suara perempuan lebih halus berbanding lelaki yang kasar dan besar
suaranya. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.
Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan
wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah
mengikut kata hati, lebih berminat kepada
cinta dan kasih sayang dan hubungan
perasan. Apabila mengamati benda, kedua- duanya juga berbeza.
Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih
pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu
kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang
membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara.
Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan
kepada matlamat utama. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa
apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar
daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen
kenderaan, duit, surat- surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet
duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up,
cermin, sikat rambut,
tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,
gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm ... dan
macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana
wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih
peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna
pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke
matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal
polis. Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita.
Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara
berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.
Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari
rumah awal
pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila
keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan
hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si
isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak
ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia
mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana
kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres. Apabila si
suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja
ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu,
perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan.
Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan
membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia
mudah bosan. Bagi
lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli
dan membeli.
Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada
lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika
mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila
keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak,
kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling
membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki & dengan
seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana
perbezaan yang ada antara kita
itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu,
kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Dr Fadzillah Kamsah baru jer kabo pukul 7 pagi minggu semalam, org pompuan
3 kali ganda probability kena sakit rahang dr lelaki coz kuota cakap bagi
setiap org pompuan 20,000 patah perkataan termasuk bahasa isyarat dlm sehari
manakala lelaki dlm 7,000 jer. So, pada para suami dan lelaki yg penyabar,enggeh
kan jer bila org pompuan bercakap, jgn sampai tak layan langsung. Enggeh tu
maknanye ya, tuh jawa Fadhilah Kamsah tu cakap.

Selasa, 30 Disember 2008

hati seorang isteri

ada satu cite yg aku terbace n nak kongsi ngan korang. pada aku cite ni sangat best n betul2 menyentuh perasaan aku. tersentak dan tersedar betape jauh nye diri untuk menjadi isteri solehah. namun dengan izin-NYA akan ku daki tangga-tangga yg jauh itu untuk mencari redhaMU.....amin

Hati Seorang Isteri…

  • "Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…" An-Nissak : 1.

    Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
    Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

    Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.

    Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."

    "Umi… Abu ingat abi."

    "Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu."

    Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah.

    Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

    Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

    " Ayang nak letak nama apa?"
    " Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah."
    " Sumayyah?"
    " Abang suka?"
    " Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah."

    Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.

    Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

    " Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?" Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
    " Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak."

    " Bagaimana pula dengan rotan?"
    " Jika layananku tidak memuaskan hatinya. Aku rela dipukulnya."
    " Adakah dia sering memukulmu?"
    " Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."
    " Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.

    Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
    Kakak,Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung. Abang.

    Abang,Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu. Kakak.

    Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?

    " Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari."
    " Pergilah bang. Orang dah jemput."
    " Macam mana anak-anak?"
    " Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."
    " Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
    " Emmm…."

    Abang,Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. " Ibrahim : 7. Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

    Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, " Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah." Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

    " Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik."
    " Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
    " Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
    " Nanti kakak telefon abang Muhammad."

    Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah.

    Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…

    " Kakak… Nenek dah meninggal."
    " Innalillahiwainnailahirajiun."

    Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

    Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.
    " DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."

    " Kak Hanan."
    " Ya saya. Siapa di sana?"
    " Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad."
    " Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?"
    " Em… Akak… Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu," talian sunyi sebentar.
    " Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua."
    " Ustaz tahu hal ni?" Hanan cuba menahan getar di hatinya.
    " Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa." Diam lagi…
    " Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak… Pinanglah dia untuk saya."

    Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…

    Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
    " Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya," Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar." Tapi…

    Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

    Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

    "Kenapa lain macam saja ayang sekarang? Ada masalah ke?" Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.

    "Tak adalah bang. Ayang letih saja," kata Hanan menahan sebak di dada.
    "Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.

    "Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
    " Abang…" Hanan makin sebak.
    Tiba-tiba…
    " Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
    " Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main saja."
    " Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."
    Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.

    Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…

    "Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…" At-Taubah : 24.

    " Abang…" Hanan bersuara satu malam.
    " Yang…"
    " Baru-baru ni, pelajar abang telefon."
    " Ya."
    " Nona namanya," Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
    " Ya."
    " Katanya…" Diam seketika.
    " Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
    " Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
    " Kahwinilah dia," lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
    " Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
    " Kalau ayang suruh abang kahwin, Kenapa menangis?" Diam…
    " Ayang tak sanggup?" Diam lagi…
    " Kalau tak sanggup, Kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Hanan kelu.
    " Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."

    Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

    " Abang… Takut rasanya kali ini."
    " Kenapa? Kan abang ada."
    " Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
    " InsyaAllah, segalanya akan selamat."
    " Abang…"
    " Ya."
    " Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…"
    " Tak akan ada apa-apa yang berlaku."
    " Kalau-kalau…"
    " Semua akan selamat," pintas Muhammad.
    " Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang."

    Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.

    "Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
    "Selamatkan keduanya," Muhammad seolah memberi arahan.

    Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ahad, 28 Disember 2008

Sumpah @ sampah


tika kau lafazkannya
akupun diam saja
berfikir dan mentafsir
itu sumpah atau sampah.

waktu kau ulang lagi
aku pun senyum sinis
berkata dalam hati
itu sumpah atau sampah

dengarlah damai hatiku berlagu
dengan hembusan bayu
dan sinar rembulan
terangi jalanku yang berliku
terangkan jiwaku

kini kau berlalu pergi
aku tersenyum lagi
kerna ku dapat atasi
mana sumpah mana sampah.

2004



puisi pernah dilagukan oleh seorang teman untuk satu persembahan mase kat uitm. semoga teman itu telah sembuh dari sakitnya dan terima kasih atas bantuan.

kekasihku dirembat orang, macam gampang!

kekasihku dirembat orang,
suka-suka orang tu je,
dia tak malu ke?
aku jugak yang sedih.

kekasihku dirembat orang,
tapi dia jugak yang gatal nak ikut,
bertepuk sebelah tangan tak kan menjadi!
ah!! sudahlah!

kekasihku dirembat orang,
puas aku cari sebabnya,
salah aku ke?
agaknye lah!

kekasihku dirembat orang lagi,
macam gampang!

23 sept 2004

puisi ni tak de kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah....

Sabtu, 27 Disember 2008

janji

satu janji dilafazkan,
satu janji tersemat dalam hati,
satu janji dimungkiri,
janji tinggal janji.

mengapa mesti berjanji kasih,
andai tidak mampu ditunaikan,
kerana bagi yang menghadapi,
bagai luka yang maha pedih,
sakit lagi menyiksakan.

lalu janji itu kucampakkan jauh,
ke sebuah daerah yang tak berpenghuni,
agar jiwa mekar damai selamanya.

7 sept 2003
kolej mawar

permainan

permainan adalah untuk dipermainkan,
gembira datang apabila bermain permainan,
kerana permainan menghiburkan,
dan itulah tujuan bermain.

kita ketawa,
kita tersenyum,
kita bertepuk tangan,
kita menutup mulut,
kita menghentak kaki,
kita memegang perut,
ketawa dan terus ketawa,
bermain dan terus bermain.

permainan tak semua menghiburkan,
ketawa tak semua meriangkan,
ada juga yang
derita, merana, menangis, dan menjerit!
kerana permainan disalahgunakan.

04/09/2003

lorong kosong

duduk dilorong yang kosong,
hanya kelihatan putih,
cahaya lampu memenuhi ruang,
cahaya hati menjadi suram.

datang seorang tukang karut,
menceritakan hal yang karut-marut,
lalu menukar lorong kosong,
jadi resah terus gelisah.

alangkah kasihan lorong itu,
sesekali bingit dengan keriuhan,
sesekali mengigit perasaan,
kerana pencipta alam telah menetapkan,
setiap yang bernyawa akan datang dan pergi,
bukan kekal selamanya.

04/09/2003

Akal Hati

putih adalah senyuman,
hitam itu kegelapan,

senyuman dari seorang lelaki kepada perempuan,
disambut seorang perempuan kepada lelaki,
adalah racun

senyuman dari seorang perempuan kepada lelaki,
disambut seorang lelaki kepada perempuan,
adalah penawar

Guna akal tanyalah hati
persoalan duniawi yang tersembunyi

25/07/2003

resah, senyuman, hampa

resah itu letaknya sangat jauh,
melalui satu lorong yang amat panjang,
merentasi lautan gelisah,
membelah ombak kehampaan,
dan terdampar dalam ketidakberdayaan

senyuman itu,
hadirnya penyeri kehidupan,
jika ia jujur sangat membahagiakan,
jika ia lakonan sangat mengecewakan,
bagai mencarik hati yang memang rapuh,
bagai membakar hati yang terasa pedih

hampa itu,
sangat tidak berguna,
hadirnya tidak diundang,
perginya tidak dihalau,
melemahkan semangat dengan racun,
yang masuk dan meresapi,
disegenap urat saraf

resah, senyuman dan hampa,
berkait bagi mereka yang merasai,
kosong bagi mereka yang jauh
jauh
jauh
dan jauh

24/07/2003

Nombor

Satu,
Dua,
Tiga,
Empat,
Dan Lima,

Satu biru,
Dua kuning,
Tiga biru,
Empat biru,
Lima juga,

Satu cakap,
Dua dengar dan soal,
Tiga pun sama,
Empat dengan lain,
Lima dengar sambil tulis,

Dua kata "biasalah",
Satu kata "tidak boleh percaya"
Tiga, Empat, Lima dengar saja,
adat dunia.

23/07/2003

Di sini (Kota Tinggi)

Di sini darah pernah mengalir
akibat keadilan yang tidak terbela
tapi kesetiaan mengatasi mengatasi segalanya
kerana Sultan mangkat Dijulang

Di sini keajaiban pernah terjadi
bukti tanda kata telah di kota
sebuah kubur tempat bersemadi
tinggalan sejarah dan kebesaran Ilahi
Kucing bertanduk ciptaan Tuhan

Di sini sejarah binaan telah membuktikan
kesenian melayu Johor tinggi nilainya
Kota Tauhid menjadi perlambangan
campuran batu-bata, kulit kerang, kapur dan madu lebah

Di sini seorang Bendahara terkenal terlahir
Tun Mahmud juga Tun Sri Lanang
karangannya indah rujukan zaman
Sulalatus Salatin sejarah melayu

Di sini, di bumi Kota Tinggi ini
khazanah kita tersimpan
sebagai panduan manusia terkemudian
Muzium Sejarah kini didirikan

28/04/2004

Rindu ini tak berkesudahan

rindu ini tak berkesudahan
semakin tapak ku melangkah
semakin menggila deru didada
bukan takut harungi cabaran
tapi ikatan menjadi fitrah

rindu ini tidak berkesudahan
antara manusia dan tanah kelahiran
tak mungkin terungkai segalanya
jelas terbayang diruangan mata
dari sekecil usia yang memanjat tangga

rindu ini tak berkesudahan
pada pepohon hijau yang terbentang
pada derus air sungai yang terngian-ngiang
pada binggit unggas yang mengalun melodi indah
juga pada lorong-lorong jalan yang sering ku ulang

rindu ini tak berkesudahan
kerna waktu tak kan terulang
zaman berlalu waktu berputar
kedewasaan ini dikejar kenangan
tanah air yang ku cintai
pembangunanmu kini ku nikmati

25 /05 / 2003

Di sebalik keindahan pantai

Kenapa pantai begitu indah?
keindahannya bukti kekuasaan
pada pencipta Yang Maha Esa
juga sebagai penawar
pada hati yang sedang gundah

Ada kisah disebalk keindahan pantai
kisah kesetiaan pasir pantai yang putih suci
bersama kekasihnya sang ombak laut
setiap kali ombak menghempas pantai
setiap kali itu lah pasir putih meleraikan kerinduannya
biarpun hanya sesaat cuma

pasir putih tidak pernah mengeluh
walau terpaksa menanti
dalam terik mentari dan embun pagi
Ombak juga tidak pernah bercerita
kepayahannya yang membelah samudera

ombak pulang ke samudera biru
pasir putih kembali ke tebing
menanti penuh pasti

kata orang,
"sekali ombak menghempas pantai,
pasti pasir akan merubah"
namun walau pasir merubah
tidak pula pada janjinya.

12/03/04
sepetang di Tanjung Balau

Padang (Istimewa untuk anak Felda)

Terbentang luas dihadapan ku kini
sebuah padang tanpa pohon walau sebatang
cuma lalang memenuhi ruang
terbiar tapi tak terbuang

tanpa sedar seorang doktor hadir
tanpa sedar seorang jurutera terlahir
tanpa sedar seorang guru menghampir
dari celah-celah lalang padang

sekian lama jasamu padang
bak air sungai yang tak henti-henti mengalir
menumbuh dan membesarkan
anak-anak yang menjadu tunggak
masa depan yang gilang gemilang!

Terima kasih padang,
biarpun kini kau kosong lapang
baktimu pasti akan ku kenang
sebuah padang yang dulunya ladang!

19/04/2004

Jumaat, 26 Disember 2008

Makna Cinta dan Perkahwinan


Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…

Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:

“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itupun berkata:

“Itulah cinta”

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan

Guru pun menjawab:

”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang guru berkata:

“Itulah makna perkahwinan.”

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Bersandar Pada Senja ~ Pablo Neruda

Sewaktu bersandar pada senja, kutebarkan jala dukaku
ke lautan matamu.

Di sana, kesepianku membesar dan membakar dalam marak api maha tinggi
tangannya menggapai bagai orang lemas.

Kukirim isyarat merah ke arah matamu yang hampa
yang menampar lembut seperti laut di pantai rumah api.

Kau jaga hanya kegelapan, perempuanku yang jauh
pantai ketakutan kadang-kadang muncul dari renunganmu.

Sewaktu bersandar pada senja, kucampakkan jala dukaku
ke laut yang mengocak lautan matamu.

Burung-burung malam mematuk pada bintang-bintang pertama
yang mengerdip seperti kalbuku ketika menyintaimu.

Malam menunggang kuda bayangan
sambil menyelerakkan tangkai-tangkai gandum biru di padang-padang.

~ Pablo Neruda

rasa

September 19th, 2008
peritnya rindu ini
sepertinya terasa kering dan ketandusan
semakin lama aku bertahan
semakin tak dapat ku menahan
semalam aku menangis
kerana sudah puas aku mengemis
memujuk hati yang rajuk
melayan rasa yang terjeruk
tiada siapa yang dapat merungkai rasa ini
tiada sapa yang tahu jeritan hati ini
sedang aku lemah terkulai dipintu rindu
pada zuriat yang kukandung satu ketika dulu
tidakkah dia tahu rasa ini membunuhku...
10.18 am

rindu hati seorang isteri

Oktober 18th, 2008
melihat ombak menghempas pantai
sebagai sebuah kisah kasih agung yg tiada tandingan
hati terasa sayu
ah! betapa setianya ombak pada pantai
tanpa jemu mengunjungi pantai saban hari
tanpa pernah mengingkari janjinya itu
sekalipun pasir pantai itu berubah-ubah
tapi hatinya tetap untuk ombak
rindunya tetap milik ombak
setianya hanya pada ombak
begitu juga seorang isteri pada seorang suami
kasih, rindu dan setianya hanya untuk suami
sekali dia melafaz janji, selamanya nama itu kekal dihati
biarpun terpisah beribu batu jauhnya
jika suami juga merasa rindu isteri
itu namanya cinta sejati
tak perlu jadi shah jehan dan mumtaz
tak perlu seperti laila dan majnun
kerana rindu seorang isteri
sudah mengait himpunan buih di pantai
menjadi nama seorang suami
terhias indah kalbunya

sebeku hati

Dec 25, 2008, 9:27 am

beku hati parah sekali

tidak lagi memberi geri

lalu siapa yang akan mengerti

bahasa yang diucap hanyalah sepi

tangis hati tanggung sendiri

bulan mengeluh dan menyesali

melihat hati merenung sendiri

beban pilu yang diharungi

penantian hati sehingga kini

melelahkan tapi tetap tak berhenti

kerana hati terlalu menyayangi

kerana hati tak mampu lari

lagi..

"cinta ini memberikan aku tanggungjawab,

tanggungjawab ini memberikan aku harapan,

harapan ini memberikan aku kekuatan,

biarpun semuanya dalam kegelapan,

biarpun semuanya tak seindah impian...