Khamis, 25 Jun 2009

Bday Zufar Al-Bukhari

uish...lama tak menulis..byk perkara2 menarik terlepas utk ditulis...tetapi ada yang pasti akan diceritakan walau telah berlalu. Birthday Zufar!!!! aku wat bbq kat umah. kumpul sume adik beradik kecuali kak long sekeluarga. wat makan2 dan malam tu tido dgn sgt kekenyangan. abg irul seperti biasa pulang dengan pelbagai jenis buah2an, rambutan, duku-langsat, durian..uh..huda dengan kek nya, abang chik dengan ikan2nya dan kuah sambal ikan yg dia masak sendiri..hebat...hebat...kat umah plak shakirin dah perap ayam utk dibakar, ngan ikan keli. apis beli daging burger n sosej utk di bakar jugak..ape lagi mlm tu...sume makan lauk je lah...nasi x laku. nak2 zufar dan sepupu2nya yang leka bermain. pukul 12 malam kami tiup lilin bday zufar.cantik kan kek yang alang dia beli..ni sebelum potong kek. camera woman menghilangkan diri semasa acara potong kek..jd tiada gambar lain ye..zufar dapat hadiah dari abah..semangat dia bukak sampul hadiah. abah belikan zufar kereta kontrol...wau! huiyoo! kate zufar..
nampaknya ummy n abah lah yg seronok main kereta tu sbb zufar x pandai guna lagi...huhuhuh

Khamis, 18 Jun 2009

saya dan xtvt saya


mggu2 selepas kenduri adalah sgt merehatkan...malah zufar juga en.suami titipkan kepada saya dengan penuh rasa bahagia. sekarang saya ada teman tidur...zufar confirm suke peluk ummy dia. tp klu sy bgn, x kira pukul bape, dia akan merengek2 sbb x de org kat sblh dia. comel kan anak saya...hihihi..
saya yang rajin ini telah membawa zufar ke kedai gunting rambut. lalu zufar telah menjadi hampir botak. saya rasa dia selesa sbb x perlu menolak rerambut yang selalu menyucuk matanya. lihatlah rambut baru zufar..sorry...gambar terpusing2 kerana zufar sedang bermain kapal terbang barunya..
dan kerana kesibukkan hari2 saya telah terlupa akan suatu hari...
hari ape? hihihihi...hari lahir saya...yang keberapa? biarlah rahsia... mujur en suami tibe2 pd suatu malam memberi wish kepada saya... wah! saya terlupe akan birthday sendiri..
kawan2 tanye, ko dpt adiah ape dr en.suami? dgn senyum saya jawab...kasih sayang....

Khamis, 28 Mei 2009

kenduri kawin

wah...minggu ni sibuk skit, byk keja x settle lg. kenduri lagi seminggu. minah yang nak kawin ni pun x balik lg. pelik2...aku la yang terbuyut2 ni dok mengemas bilik dia dan bebarang dia. napalah aku jadi kakak solehah..(perasan lak tuh!) bebarang rasanya dah settle. tggl kemas2 umah dan gantung tabir bilik pgantin. cam x logik klu aku panjat tangga n gantung tabir tu.. walaupun aku bole wat. nanti mak aku sesak nafas plak tgk..hihihi so aku just x sabar nak tgk rupa hantaran yg ditempah khas di kedai pgntin di jb itew.. dsebabkan pgantin bz jd dia tmpah je gubahan hantaran dia, tp aku kata membazir....mahal tue... kalau aku, sempena kawin aku bialah aku wat sendiri wlupn x reti..barulah jd special... gubahan dari hati...ewah, ewah, ewah...(kata zufar sambil cekak pingang) tp lain org, lain pendapatnya...
hm....akhirnya adik perempuanku yg satu2nya itu akan berkahwin juga...aku tgh pening pk nak bg hadiah ape. biasanya penasihat terbaik adalah en.suami...hihihi jgn x caye. suami saye pandai shopping dan pilih hadiah...makanya saya menyuruh en.suami belikan hadiah di klang shj. apekah gerangan hadiah yg di beli...jeng..jeng..jeng...

Khamis, 21 Mei 2009

hm...ape yg menarik minggu ni? aku balik klang, dpt jumpe kekasih hati..dapat jumpe buah hati.. tp dua hari x pernah cukup untuk keluarga, aku perlu sepanjang hayat untuk bersama suami dan anak2. tgk zufar makin membesar rase teruja..x sggup nak jauh ngan dia. aku x nak terlepas semua perkembangan pembesaran dia. kesian dia, sesekali bila ummy dia balik baru dia tunjuk sifat manje. kalau tak, dia mcm biase, kanak-kanak yg riang, cergas, sentiasa aktif, suka kcu org, x nampak langsung sifat manje kanak2. mgkin sbb tu dia jd anak yg sulung, abang dalam keluarge. hm...hopefully aku dapat tukar balik Klang. org kate susah, tp aku dah x peduli. ape lg yg tersisa untuk aku klu aku trus tggu kat sini. hati aku kat sane...

Khamis, 30 April 2009

Box


ari ahad hari tu aku mc, mabuk teruk so just tido kat umah. Isnin n selasa pulak offday, so oleh kerana cuti sudah bertambah panjang aku jadi bosan. keluar untuk jalan-jalan pun not in mood. so just duk dalam umah dan wat ape yg patut. ape yg seronok aku dapat wat box projek yg dah lama tertangguh nak wat. santek tak?
hm...ade yellow bird kat sarang plak tu...bayangkanlah zufar jumpe box ni...
apekah yang akan terjadi...
pasti bird itu menjadi mangsanya....
wawawawa....

Jumaat, 24 April 2009

teringat

zufar dah semakin besar sekarang, 21 jun ni zufar masuk 2 tahun. sekejap je mase berlalu. teringat lagi kali pertama pandang wajah zufar, merah n suci sampai x sedar air mata mengalir. walau terlalu penat bertarung nyawa, sepanjang malam aku tak tidur, x puas tgk dia. betapa bersyukurnya aku dikurniakan zuriat yang sihat dan sempurna.hm...banyak betul yang dah berubah dalam hidup ni. aku sendiri masih sesuaikan diri dengan adik zufar ni. walaupun baru 2 bulan lebih, selera dia besar, aku kerap pening kepala dan loya sekarang, kadang2 bila pikir soal mabuk memang malas nak mengandung. tp bila aku pikir balik, itulah yang mendekatkan dia dengan ibunya. hati aku meronta2 nak jumpe zufar, tapi bila pk kena naik bas pergi n balik nanti, aku pendam je dalam hati. dua malam aku tido pun mimpi zufar. kenapa la, zufar x sihat ke? risau. tp aku pendam lagi. kalau aku tanya nanti ada org yg terasa.
hm...ada x ibu yg sggup bjauhan dgn anak mcm aku? semata2 kerana kerja...
aku malas nak pk benda ni, bole buat tekanan perasaan.
ikatan antara ibu dgn anak sangat kuat, x kan terputus kerana jarak. lebih2 lagi anak lelaki, walau pun dah bekeluarga nanti dia masih ada tanggungjawab pada ibu. hm...syurganya di bawah telapak kaki ibu jua.
teringat tegur sorg kawan sekerja kat kedai makan tadi " makanlah banyak2 sikit, ko tu makan untuk 2 org" selamba ja mulut dia. mungkin sbb muke aku yg pucat tadi. aku baru bgn tido, pening sgt kpale, tringat belum mkn cpt2 aku solat n gi cari makan. nasib baik ari jumaat, masa rehat panjang. aku tak makan nasi, tapi rojak. ari ni bau nasi pun bole wat aku loya. hm...ni la pgorbanan sorg ibu, dari dalam perut pun ummy dah layan kehendak dia, inikan pula dah lahir nanti. anak2 ummylah harta yang paling bernilai didunia n akhirat..insyaallah..

Wasiat

ada member sent buletin ni kat aku, so kita kongsikan bersama k

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur,dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu ber sabda kepada
hamba,dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu
menyedarkan keada orang islam ini supaya
membuat kebajikan kerana hari
penghabisan(Qiamat)akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit,sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANA HAMBA INI
(a)berselawat-untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b)bertaubatlah-dengan segera sementara pintu taubatmasih
terbuka.
(c)bersembahyanglah
(d)berzakat -jangan ditinggalkan
(e)menunaikan fardhu haji-bila berkemampuan.
(f)jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Rabu, 15 April 2009

cenderahati tetamu

salam,
pagi yang gelap kini sudah terang..aku adikmu dan engkau abang!
hihihi...aku sedang menyettelkan barang2 kawin adik perempuanku satu-satunya itew..
so far gift utk mlm berinai dah settle..
nak tgk?
ini dia..tara...

hope dia suka! ini potpuri. oleh kerana tema dia purple n pink, so aku decide wat cam ni.
n satu lagi yg msh blum settle ialah gift utk tetamu
yg ni pilihan mymum
aku tolong buat jer

kebetulan ada bunga2 comey so aku letak la, bagi nampak lagi comey
yg ni wane cecampur
ikut suke n sesedap rase
tp x siap lagi ni lepak...
zufar kat klang ni, so kena settle sebelum kepulangannya..
klu x, nanti dia berenang dlm barang2 nih..
sapa nak tolong angkat kaki...

Ahad, 5 April 2009

Bicara seorang teman

seorang teman berbisik kepadaku, hatinya sedang berbunga bahagia, kekasih hati kembali menghubungi dan menyambung lakaran cinta mereka. aku pandang wajah teman penuh tanda tanya tapi senyumannya sungguh membuktikan bahagia yang sedang melemaskannya. "abang tau?" tanyaku perlahan separuh bisik, yang pasti aku maksudkan suami kepada dua anaknya. "nak mati?"jawabnya juga berbisik. aku melepaskan nafas panjang. lemas dengan rahsia teman. dia tidak putus2 memuji kekasihnya. juga perjanjian rahsia mereka untuk bertemu sudah pasti tanpa pengetahuan sang suami.

pulang kerumah, aku berfikir lagi...kalau kekasih itu memberinya cinta, suami itu memberikan apa? kalau kekasih itu memberinya bahagia, suaminya itu menghulurkan apa? kalau kekasih itu segala-galanya.. suami itu sebagai apa...?

bila aku mempersoalkan ini kepada temanku, katanya suami adalah pilihan keluarganya, kekasihnya dikenali sebelum wujud ikatan yang merantainya. lalu aku persoalkan, seandainya kau diberi pilihan, siapa yang engkau pilih?
temanku diam. tunduk, bisu seribu kata.
aku sabar menanti jawapannya
"kau x kan Paham, kau tidak melalui apa yg aku rasa..
Kalau dia mampu memberikan segala kebahagian yang aku mahukan, melebihi dari kemampuan suamiku, aku akan pilih dia"
jawapan yang keras seperti batu buat aku tersenyum
"apakah kebahagian yang kau idamkan wahai teman?" soal ku lagi
"kehidupan yang senang, kemewahan, cinta dan kasih sayang, dan hati yang gembira." jawabnya
aku pulang ke rumah dengan rasa hati yang berat.

hari ini aku bertemu teman. teman mengharapkan jawapan dan pandanganku.
setelah lama kami duduk dalam diam dibawah sepohon kayu yang rendang dan redup.
akhirnya aku bersuara,
Teman,
kau mengharapkan kebahagian yang sememangnya digenggamanmu
kehidupan yang senang atau kemewahan mungkin tidak dapat diberikan oleh suamimu, tapi kerana rasa cinta dan kasih sayang itulah dia hidup dengan hati yang gembira untuk selalu berkhidmat kepadamu, memberimu seluruh hidupnya, seluruh hartanya, dan seluruh cintanya, hanya untuk memberi mu bahagia. dan di sepanjang hidupnya bersamamu, disisipkan rasa setia dalam hatinya kerana setianya itulah yang mencipta bahagiamu.
perlukah engkau berlari mengejar mimpi sedangkan yang kau miliki sebuah realiti.
Bukan salah keluargamu menghalang cintamu, tetapi Tuhan lebih tahu siapa yang terbaik untukmu, siapa yang ditakdirkan berkongsi hidup denganmu, dan pasti mampu melengkapi dirimu sebagai manusia yang sempurna.
teman,
suamimu telah membuktikan semua rasa cintanya
terpulanglah kepadamu teman...

aku pulang, kali ini dengan hati yang tenang.
aku telah memberikan pendapatku, terpulanglah kepadanya.
aku senyum, suamiku turut senyum..ah..Aku syukur kepada Mu YA ALLAH..
kerana bahagiaku hadir disetiap senyuman suamiku..

Jumaat, 27 Mac 2009

Jika Engkau Pergi - Imran Ajmain

Jika Engkau Pergi - Imran Ajmain

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu



cam best jerk lagu ni
lepas dgr gelabah hafal tajuk sbb nak search kat internet
tp susah tol nak cari..
hu..hu...akhirnya...

Ahad, 22 Mac 2009

Hadiah Ulang Tahun


salamun....
sekian lamanya aku kehilangan huruf2 untuk disusun jadi kata-kata dan jadi ayat pula. yang pasti bukan ayat2 cinta. cuti yang panjang....kursus yang cukup menguji ketahanan diri...dan hari2 yang meletihkan. tibe2 ada berita bahagia untuk en.suami bersempena dengan ulang tahun nya.. yang ke bape ek? hihihi...rahsia.. dan yang pasti ia jadi hadiah ulang tahun yang istimewa.
dan kerana hadiah itu lah aku jadi bertambah gemuk kerana asyik makan dan tido semata2..wakaka..(apakah gerangan hadiah itu?)....

Khamis, 5 Mac 2009

Fathimah az-zahra rha dan Gilingan Gandum


Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-
zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis
padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu
sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang
menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak
menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda,
penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda
menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah
rha... melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda
meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk
menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan
di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah
Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair
dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam
penggilingan tangan itu seraya
diucapkannya "Bismillaahirrahmaa nirrahiim" . Penggilingan tersebut
berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW
meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya
dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan
sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa
sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah
berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti
berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT
yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka
katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah
Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan
Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari
Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya.
Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat
yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan
apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk
ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu
penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari
batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah
penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki
wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya
untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu
beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan
diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana
yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah
SWT
menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya
suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling
gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan
neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki
rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian
mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang
yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian
kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana
yang menghalangi hajat tetangga-tetanggany a maka Allah SWT akan
menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami
terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan
aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha
suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan
Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah
SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan
menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak
melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang
yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia
melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti
keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal
tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun,
dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman
sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan
seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga
hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan
baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan
mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya
sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap
helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan
dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya
Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah
SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan
mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau
menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya
penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT
telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan
sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-
kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta
menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari
sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut- nya,
dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman
sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan
selamatlah ia melintas di atas titian Shirat"...

Sabtu, 28 Februari 2009

hari2 yg telah kulewati...

macam bagus je title..hihihi
aku balik klang offday hari tu..lame dah x balik..
macam2 serangga en.suami ternak...makanya dengan rela hati sebagai seorang isteri yang terkadang boleh tahan solehah aku pun menyempurnakan keadaan bilik yg kurang indah. mlm tu en suami hantar aku ke hotel dynasty kl sbb aku ade kursus kat pwtc. dah lame x wat keja2 kursus ni.. klu dulu aku takut2 nak bercakap kat depan, skrg tidak lagi. mgkn sbb status mbuat diri lbh berkeyakinan utk brgaul. hahaha poyo! duk hotel ni mmg best! bilik dia cantik. toilet dia pun cantik! service pun ok. dan yg plg pntg breakfast dia sedap!!!!! 2 hari aku kursus kat situ, malam2 aku kursus kat sogo, carefour, jusco plak. jadi penat sikit. pulaknyer sogo tgh wat sales. aje giler..
perempuan n shopping x dpt dipisahkan.. wa...besh gilesh..
paling klaka dalam bilik hotel yg sedang menayangkan cerita hantu tv3, dgn penonton yg berselimut dan takut2 sbb tgk mata fasha sanda ada titik wane itam dan yg lain wane putih, tibe2 ade org ketuk2 pintu, yg confirm2 wat penghuninya terkejut. sbb ketukan n bunyi loceng yg bertubi2 silih berganti, kitaorg (aku n roomate) melangkah terjengkit-jengkit ke pitu bilik n mengendap melalui cermin lubang di pintu bilik hotel itu. pergh...x de org siut! makanya kami pun berlari seeperti pelumbe pecut terus ke atas katil dan kedalam selimut. wakakakaka! penakut! tibe2 pintu diketuk lagi dengan suare sorang perempuan china yg marah2 sbb laki dia kurung kat luar. aku pun brsepakat utk duk diam2 dlm bilik. aku tekan la button do not disturb! n tido. badan pun dah penat. malas nak pk masalah hantu @ org..kroh! kroh! kroh! ngantuk betul budak ni..

Jumaat, 20 Februari 2009

Lirik Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

===========================

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

entah kenape tibe2 aku suke sgt dgn lagu ni. mcm enak je kat telinge ni. hm...syahdunyer.. mcm rase air ais bandung! ataupun air milo seksyen 2 pergh!!!!!!!!! sdp gila!!!! rindu la air milo tu, siap ade bebuihan...

Khamis, 19 Februari 2009

seminggu dua yang tak de hasil


bangun tido, siap2, kadang2 breakfast, kalau dah lambat x payah la..., terus masuk keta, start kete, panaskan enjin, kalau dah lambat sgt.. masuk gear dan jalan...(tgk je la bape lame kete tu tahan)
nyanyi..nyanyi..sampai office. wat la ape yg patut, bukak laptop check mail..pergh!!!penuh!!
kalau la mail ni bole aku bace semuanye.. foward kat org lain dan jgn tersalah foward hihihi (nanti fatin marah ; wei!!!!!!mail box aku dah penuh ngan mail aku yg ko foward balik!!! wakakaka!) jgn marah...nanti ko lambat kawin beb! hm...ituiniituini...dah petang..bole balik umah..zufar dah tggu...ape lagi, pecut je la kancil yg melompat-lompat di atas jalan itu..esok pun macam tu..luse pun cam tu...tulat pun camtu..seminggu pun camtu...boringnyeee
kenape seminggu dua ni mcm tak de hasil jek ek.. klu bole, aku nak wat 1 benda satu minggu (sekurang2nyer) baru la aku bole tido dgn lena..
jeng..jeng..jeng...ada projek baru..wah! seronok..seronok..seronok...
agak2 bile leh siap? sape teka betul bole ketawa sampai pengsan..

Sabtu, 14 Februari 2009

my first x stich


hu..hu..
x stich pertama aku...corak yg membuatkan hati x sabar2 nak tgk hasil..hi..hi
sbb gambar bunga ros..
dan aku gilakan pink rose
dan kerana sifat x sabar yg dah menguasai diri itu, satu dari bunga mekar aku agak haru biru..
he..he..he..
hm...en suami, jgn marah kalau rumah kita nanti penuh dgn barang2 yg brwarna pink ye!
(confirm marah)
huh! adekah wane ini menyakiti mata hatimu???
wane pink : oh! apekah doseku???

Selasa, 3 Februari 2009

kenapa wanita menangis



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini
untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.


Setiap Wanita itu Cantik.

Rabu, 21 Januari 2009

selimut patchwork utk zufar


huhu...inilah dia hasil nye...setelah dua minggu aku curi-curi mase tuk wat selimut ni..
ep!!!!!!!!!!!!!amaran keras! jgn ketawe...
saje je..mmg x de bakat, tp nak cube wat. klakar..nampak huru hare..wakakaka...
x pe yg penting bahagia..
kat situ ade perca baju melayu adik aku, langsir rumah kakak aku, sarung bantal anak sedare aku,hu..hu....meriah..
mulanya aku nak beli je..tp bila pk2..x de la yg special nanti..
zufar plak, suke sgt dpt selimut baru..yg lame dah x sesuai..sbb zufar dah membesar..
hm...skrg aku tgh wat crosstich..nanti dah siap aku upload pic k..

Rabu, 14 Januari 2009

Bunga dada 1


Rm 1.80
bunga ini digunakan sebagai hiasan didada untuk ahli keluarga/ahli kendarat/sbgi

bakul love



Rm 15.90
Cadangan :
- boleh dijadikan sebagai bekas hantaran untuk barang2 seperti set make up, belt, wallet, pakaian, buah-buahan dsbg
- juga boleh dijadikan sebagai hiasan dirumah, diatas meja untuk majalah, bunga, dsbg