Ahad, 5 April 2009

Bicara seorang teman

seorang teman berbisik kepadaku, hatinya sedang berbunga bahagia, kekasih hati kembali menghubungi dan menyambung lakaran cinta mereka. aku pandang wajah teman penuh tanda tanya tapi senyumannya sungguh membuktikan bahagia yang sedang melemaskannya. "abang tau?" tanyaku perlahan separuh bisik, yang pasti aku maksudkan suami kepada dua anaknya. "nak mati?"jawabnya juga berbisik. aku melepaskan nafas panjang. lemas dengan rahsia teman. dia tidak putus2 memuji kekasihnya. juga perjanjian rahsia mereka untuk bertemu sudah pasti tanpa pengetahuan sang suami.

pulang kerumah, aku berfikir lagi...kalau kekasih itu memberinya cinta, suami itu memberikan apa? kalau kekasih itu memberinya bahagia, suaminya itu menghulurkan apa? kalau kekasih itu segala-galanya.. suami itu sebagai apa...?

bila aku mempersoalkan ini kepada temanku, katanya suami adalah pilihan keluarganya, kekasihnya dikenali sebelum wujud ikatan yang merantainya. lalu aku persoalkan, seandainya kau diberi pilihan, siapa yang engkau pilih?
temanku diam. tunduk, bisu seribu kata.
aku sabar menanti jawapannya
"kau x kan Paham, kau tidak melalui apa yg aku rasa..
Kalau dia mampu memberikan segala kebahagian yang aku mahukan, melebihi dari kemampuan suamiku, aku akan pilih dia"
jawapan yang keras seperti batu buat aku tersenyum
"apakah kebahagian yang kau idamkan wahai teman?" soal ku lagi
"kehidupan yang senang, kemewahan, cinta dan kasih sayang, dan hati yang gembira." jawabnya
aku pulang ke rumah dengan rasa hati yang berat.

hari ini aku bertemu teman. teman mengharapkan jawapan dan pandanganku.
setelah lama kami duduk dalam diam dibawah sepohon kayu yang rendang dan redup.
akhirnya aku bersuara,
Teman,
kau mengharapkan kebahagian yang sememangnya digenggamanmu
kehidupan yang senang atau kemewahan mungkin tidak dapat diberikan oleh suamimu, tapi kerana rasa cinta dan kasih sayang itulah dia hidup dengan hati yang gembira untuk selalu berkhidmat kepadamu, memberimu seluruh hidupnya, seluruh hartanya, dan seluruh cintanya, hanya untuk memberi mu bahagia. dan di sepanjang hidupnya bersamamu, disisipkan rasa setia dalam hatinya kerana setianya itulah yang mencipta bahagiamu.
perlukah engkau berlari mengejar mimpi sedangkan yang kau miliki sebuah realiti.
Bukan salah keluargamu menghalang cintamu, tetapi Tuhan lebih tahu siapa yang terbaik untukmu, siapa yang ditakdirkan berkongsi hidup denganmu, dan pasti mampu melengkapi dirimu sebagai manusia yang sempurna.
teman,
suamimu telah membuktikan semua rasa cintanya
terpulanglah kepadamu teman...

aku pulang, kali ini dengan hati yang tenang.
aku telah memberikan pendapatku, terpulanglah kepadanya.
aku senyum, suamiku turut senyum..ah..Aku syukur kepada Mu YA ALLAH..
kerana bahagiaku hadir disetiap senyuman suamiku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan