Rabu, 31 Disember 2008

perbezaan antara lelaki dan wanita


Perbezaan di antara Lelaki dan Wanita ...

Hadirnya kita semua untuk berkasih sayang kan ... sama2lah kita renung sejenak
dan berfikir ...

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik
nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak
sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka
dapat menukarnya menjadi tenaga. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih
halus. Suara perempuan lebih halus berbanding lelaki yang kasar dan besar
suaranya. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.
Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan
wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah
mengikut kata hati, lebih berminat kepada
cinta dan kasih sayang dan hubungan
perasan. Apabila mengamati benda, kedua- duanya juga berbeza.
Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih
pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu
kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang
membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara.
Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan
kepada matlamat utama. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa
apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar
daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen
kenderaan, duit, surat- surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet
duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up,
cermin, sikat rambut,
tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,
gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm ... dan
macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana
wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih
peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna
pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke
matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal
polis. Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita.
Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara
berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.
Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari
rumah awal
pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila
keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan
hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si
isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak
ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia
mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana
kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres. Apabila si
suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja
ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu,
perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan.
Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan
membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia
mudah bosan. Bagi
lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli
dan membeli.
Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada
lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika
mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila
keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak,
kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling
membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki & dengan
seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana
perbezaan yang ada antara kita
itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu,
kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Dr Fadzillah Kamsah baru jer kabo pukul 7 pagi minggu semalam, org pompuan
3 kali ganda probability kena sakit rahang dr lelaki coz kuota cakap bagi
setiap org pompuan 20,000 patah perkataan termasuk bahasa isyarat dlm sehari
manakala lelaki dlm 7,000 jer. So, pada para suami dan lelaki yg penyabar,enggeh
kan jer bila org pompuan bercakap, jgn sampai tak layan langsung. Enggeh tu
maknanye ya, tuh jawa Fadhilah Kamsah tu cakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan