Sabtu, 27 Disember 2008

Di sini (Kota Tinggi)

Di sini darah pernah mengalir
akibat keadilan yang tidak terbela
tapi kesetiaan mengatasi mengatasi segalanya
kerana Sultan mangkat Dijulang

Di sini keajaiban pernah terjadi
bukti tanda kata telah di kota
sebuah kubur tempat bersemadi
tinggalan sejarah dan kebesaran Ilahi
Kucing bertanduk ciptaan Tuhan

Di sini sejarah binaan telah membuktikan
kesenian melayu Johor tinggi nilainya
Kota Tauhid menjadi perlambangan
campuran batu-bata, kulit kerang, kapur dan madu lebah

Di sini seorang Bendahara terkenal terlahir
Tun Mahmud juga Tun Sri Lanang
karangannya indah rujukan zaman
Sulalatus Salatin sejarah melayu

Di sini, di bumi Kota Tinggi ini
khazanah kita tersimpan
sebagai panduan manusia terkemudian
Muzium Sejarah kini didirikan

28/04/2004

Tiada ulasan:

Catat Ulasan