berlari..berlari..berlari..
mengejar mimpi
berhenti!
ini realiti
yakinlah
semua berubah!
peritnya rindu ini
sepertinya terasa kering dan ketandusan
semakin lama aku bertahan
semakin tak dapat ku menahan
semalam aku menangis
kerana sudah puas aku mengemis
memujuk hati yang rajuk
melayan rasa yang terjeruk
tiada siapa yang dapat merungkai rasa ini
tiada sapa yang tahu jeritan hati ini
sedang aku lemah terkulai dipintu rindu
pada zuriat yang kukandung satu ketika dulu
tidakkah dia tahu rasa ini membunuhku...
10.18 am
melihat ombak menghempas pantai
sebagai sebuah kisah kasih agung yg tiada tandingan
hati terasa sayu
ah! betapa setianya ombak pada pantai
tanpa jemu mengunjungi pantai saban hari
tanpa pernah mengingkari janjinya itu
sekalipun pasir pantai itu berubah-ubah
tapi hatinya tetap untuk ombak
rindunya tetap milik ombak
setianya hanya pada ombak
begitu juga seorang isteri pada seorang suami
kasih, rindu dan setianya hanya untuk suami
sekali dia melafaz janji, selamanya nama itu kekal dihati
biarpun terpisah beribu batu jauhnya
jika suami juga merasa rindu isteri
itu namanya cinta sejati
tak perlu jadi shah jehan dan mumtaz
tak perlu seperti laila dan majnun
kerana rindu seorang isteri
sudah mengait himpunan buih di pantai
menjadi nama seorang suami
terhias indah kalbunya
Dec 25, 2008, 9:27 am
beku hati parah sekali tidak lagi memberi geri lalu siapa yang akan mengerti bahasa yang diucap hanyalah sepi
tangis hati tanggung sendiri bulan mengeluh dan menyesali melihat hati merenung sendiri beban pilu yang diharungi
penantian hati sehingga kini melelahkan tapi tetap tak berhenti kerana hati terlalu menyayangi kerana hati tak mampu lari lagi..
"cinta ini memberikan aku tanggungjawab, tanggungjawab ini memberikan aku harapan, harapan ini memberikan aku kekuatan, biarpun semuanya dalam kegelapan, biarpun semuanya tak seindah impian...
|