Rabu, 7 Januari 2009

PENCIPTAAN HAWA

PENCIPTAAN HAWA

Kita tahu bahawa Nabi Adam as dijadikan daripada tanah, bagaimana pula hawa diciptakan, kerana banyak sirah yg ditulis menyatakan hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri nabi Adam as..

artikel di bawah di copy/paste dari forum yg lain..

Menurut riwayat , Allah dalam firmanNya terhadap para Malaikat : "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran.

Perkara ini dapat dilihat melalui SURAH YUSUF AYAT 28 DAN 29 , maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering, daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku, tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”

Adam diciptakan Allah dengan tanganNya sendiri. Adam diciptakan daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam. Daripada tanah, Allah menjadikan Adam berperingkat, kemudian meniupkan roh ke tubuhnya. Akhirnya sempurnalah kejadian Adam sebagai manusia, merangkumi otak, darah dan daging, bebas bergerak dan bertindak mengikut kehendak dan akal fikiran.

Kerana ia diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam sesungguhnye adalah satu makhluk yang terhormat dan tiada taranya di alam ini. Adam diciptakan Allah dalam sebaik-baik kejadian, karena dia terdiri dari jasmani dan rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk yang beradab dan berkebudayaan, terus maju tidak beku.

Buat Adam, diberikan oleh Allah tempat di dalam Syurga. Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia inginkan. Tetapi sayang, Adam tinggal di Syurga itu seorang diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan minuman yang bagaimana juga lazatnya tidaklah memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Manusia memerlukan teman, sekalipun hanya seorang, dengan siapa dia dapat mengemukakan suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak dipunyai oleh Adam, sekalipun dia sudah mempunyai Syurga dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian.

Allah sebenarnya tahu akan penderitaan yang berupa kesepian yang di deritai oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan melihatnya. Oleh karena itu Allah akan menciptakan makhluk baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Adam, untuk menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk meramaikan permukaan bumi, untuk membuat sejarah kebudayaan yang lebih menarik.

(1) Sejurus kemudian, Adam mengantuk, lalu tertidur. Di kala dia tertidur itulah, Allah s.w.t. menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa. Setelah Adam terbangun dan membuka kedua matanya, dia melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat Adam sebelumnya. Orang itu dipersilakan Adam duduk di sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan siapa namamu?" Hawa menjawab: "Saya adalah wanita, dan aku belum tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat wanita itu berkata dan menggerak gerakkan badannya. "Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya.

Para Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?"
"Namanya Hawa," sahut Adam.

Dengan isterinya yang bernama Hawa ini hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam Syurga, aman dan tenteram, tak kenal takut dan lelah, makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup.

Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau berdua memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar perintahKu, dan engkau berdua akan mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri."



**************************************************************


Di dalam riwayat lain dikatakan bahawa di Syurga, Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. (2) Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.


Begitu juga lah diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah.

(3) "Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok".


Nota : lihat (1), (2) dan (3) mengenai asal kejadian HAWA


Benar ada hadis yang berbunyi demikian dan yang dipahami secara keliru bahwa perempuan diciptakan dari tulang rusuk Adam, yang kemudian mengesankan kerendahan darjat kemanusiaannya dibandingkan dengan lelaki. Namun, cukup banyak ulama yang telah menjelaskan makna sesungguhnya dari hadis tersebut.

Sebenarnya tidak terdapat di dalam al-quran dan dalam Hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa HAWA dicipta daripada tulang rusuk Adam ..

Jadi oleh kerana tidak kedapatan sahih daripada al-Quran mahupun al-Sunnah maka teman mengambil keputusan bahawa kemungkinan "tulang rusuk yang bengkok" sebenarnya dalam bentuk kiasan.

Yang mana hadis tersebut memberikan peringatan kepada kaum lelaki agar menghadapi perempuan dengan sebijaksana yang mungkin. Karena kedapatan sifat, karakter, dan kecenderungan mereka yang tidak sama dengan kaum lelaki, yangmana bila tidak diperhalusi dan tidak disedari akan dapat menyebabkan kaum lelaki bersikap tidak wajar. Sebenarnya kaum lelaki tidak akan mampu mengubah karakter dan sifat pembawaan kaum perempuan. Sebab kalau pun mereka berusaha juga akibatnya akan menyebabkan fatal, sebagaimana fatalnya meluruskan tulang rusuk yang bengkok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan