Khamis, 30 April 2009

Box


ari ahad hari tu aku mc, mabuk teruk so just tido kat umah. Isnin n selasa pulak offday, so oleh kerana cuti sudah bertambah panjang aku jadi bosan. keluar untuk jalan-jalan pun not in mood. so just duk dalam umah dan wat ape yg patut. ape yg seronok aku dapat wat box projek yg dah lama tertangguh nak wat. santek tak?
hm...ade yellow bird kat sarang plak tu...bayangkanlah zufar jumpe box ni...
apekah yang akan terjadi...
pasti bird itu menjadi mangsanya....
wawawawa....

Jumaat, 24 April 2009

teringat

zufar dah semakin besar sekarang, 21 jun ni zufar masuk 2 tahun. sekejap je mase berlalu. teringat lagi kali pertama pandang wajah zufar, merah n suci sampai x sedar air mata mengalir. walau terlalu penat bertarung nyawa, sepanjang malam aku tak tidur, x puas tgk dia. betapa bersyukurnya aku dikurniakan zuriat yang sihat dan sempurna.hm...banyak betul yang dah berubah dalam hidup ni. aku sendiri masih sesuaikan diri dengan adik zufar ni. walaupun baru 2 bulan lebih, selera dia besar, aku kerap pening kepala dan loya sekarang, kadang2 bila pikir soal mabuk memang malas nak mengandung. tp bila aku pikir balik, itulah yang mendekatkan dia dengan ibunya. hati aku meronta2 nak jumpe zufar, tapi bila pk kena naik bas pergi n balik nanti, aku pendam je dalam hati. dua malam aku tido pun mimpi zufar. kenapa la, zufar x sihat ke? risau. tp aku pendam lagi. kalau aku tanya nanti ada org yg terasa.
hm...ada x ibu yg sggup bjauhan dgn anak mcm aku? semata2 kerana kerja...
aku malas nak pk benda ni, bole buat tekanan perasaan.
ikatan antara ibu dgn anak sangat kuat, x kan terputus kerana jarak. lebih2 lagi anak lelaki, walau pun dah bekeluarga nanti dia masih ada tanggungjawab pada ibu. hm...syurganya di bawah telapak kaki ibu jua.
teringat tegur sorg kawan sekerja kat kedai makan tadi " makanlah banyak2 sikit, ko tu makan untuk 2 org" selamba ja mulut dia. mungkin sbb muke aku yg pucat tadi. aku baru bgn tido, pening sgt kpale, tringat belum mkn cpt2 aku solat n gi cari makan. nasib baik ari jumaat, masa rehat panjang. aku tak makan nasi, tapi rojak. ari ni bau nasi pun bole wat aku loya. hm...ni la pgorbanan sorg ibu, dari dalam perut pun ummy dah layan kehendak dia, inikan pula dah lahir nanti. anak2 ummylah harta yang paling bernilai didunia n akhirat..insyaallah..

Wasiat

ada member sent buletin ni kat aku, so kita kongsikan bersama k

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur,dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu ber sabda kepada
hamba,dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu
menyedarkan keada orang islam ini supaya
membuat kebajikan kerana hari
penghabisan(Qiamat)akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit,sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANA HAMBA INI
(a)berselawat-untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b)bertaubatlah-dengan segera sementara pintu taubatmasih
terbuka.
(c)bersembahyanglah
(d)berzakat -jangan ditinggalkan
(e)menunaikan fardhu haji-bila berkemampuan.
(f)jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Rabu, 15 April 2009

cenderahati tetamu

salam,
pagi yang gelap kini sudah terang..aku adikmu dan engkau abang!
hihihi...aku sedang menyettelkan barang2 kawin adik perempuanku satu-satunya itew..
so far gift utk mlm berinai dah settle..
nak tgk?
ini dia..tara...

hope dia suka! ini potpuri. oleh kerana tema dia purple n pink, so aku decide wat cam ni.
n satu lagi yg msh blum settle ialah gift utk tetamu
yg ni pilihan mymum
aku tolong buat jer

kebetulan ada bunga2 comey so aku letak la, bagi nampak lagi comey
yg ni wane cecampur
ikut suke n sesedap rase
tp x siap lagi ni lepak...
zufar kat klang ni, so kena settle sebelum kepulangannya..
klu x, nanti dia berenang dlm barang2 nih..
sapa nak tolong angkat kaki...

Ahad, 5 April 2009

Bicara seorang teman

seorang teman berbisik kepadaku, hatinya sedang berbunga bahagia, kekasih hati kembali menghubungi dan menyambung lakaran cinta mereka. aku pandang wajah teman penuh tanda tanya tapi senyumannya sungguh membuktikan bahagia yang sedang melemaskannya. "abang tau?" tanyaku perlahan separuh bisik, yang pasti aku maksudkan suami kepada dua anaknya. "nak mati?"jawabnya juga berbisik. aku melepaskan nafas panjang. lemas dengan rahsia teman. dia tidak putus2 memuji kekasihnya. juga perjanjian rahsia mereka untuk bertemu sudah pasti tanpa pengetahuan sang suami.

pulang kerumah, aku berfikir lagi...kalau kekasih itu memberinya cinta, suami itu memberikan apa? kalau kekasih itu memberinya bahagia, suaminya itu menghulurkan apa? kalau kekasih itu segala-galanya.. suami itu sebagai apa...?

bila aku mempersoalkan ini kepada temanku, katanya suami adalah pilihan keluarganya, kekasihnya dikenali sebelum wujud ikatan yang merantainya. lalu aku persoalkan, seandainya kau diberi pilihan, siapa yang engkau pilih?
temanku diam. tunduk, bisu seribu kata.
aku sabar menanti jawapannya
"kau x kan Paham, kau tidak melalui apa yg aku rasa..
Kalau dia mampu memberikan segala kebahagian yang aku mahukan, melebihi dari kemampuan suamiku, aku akan pilih dia"
jawapan yang keras seperti batu buat aku tersenyum
"apakah kebahagian yang kau idamkan wahai teman?" soal ku lagi
"kehidupan yang senang, kemewahan, cinta dan kasih sayang, dan hati yang gembira." jawabnya
aku pulang ke rumah dengan rasa hati yang berat.

hari ini aku bertemu teman. teman mengharapkan jawapan dan pandanganku.
setelah lama kami duduk dalam diam dibawah sepohon kayu yang rendang dan redup.
akhirnya aku bersuara,
Teman,
kau mengharapkan kebahagian yang sememangnya digenggamanmu
kehidupan yang senang atau kemewahan mungkin tidak dapat diberikan oleh suamimu, tapi kerana rasa cinta dan kasih sayang itulah dia hidup dengan hati yang gembira untuk selalu berkhidmat kepadamu, memberimu seluruh hidupnya, seluruh hartanya, dan seluruh cintanya, hanya untuk memberi mu bahagia. dan di sepanjang hidupnya bersamamu, disisipkan rasa setia dalam hatinya kerana setianya itulah yang mencipta bahagiamu.
perlukah engkau berlari mengejar mimpi sedangkan yang kau miliki sebuah realiti.
Bukan salah keluargamu menghalang cintamu, tetapi Tuhan lebih tahu siapa yang terbaik untukmu, siapa yang ditakdirkan berkongsi hidup denganmu, dan pasti mampu melengkapi dirimu sebagai manusia yang sempurna.
teman,
suamimu telah membuktikan semua rasa cintanya
terpulanglah kepadamu teman...

aku pulang, kali ini dengan hati yang tenang.
aku telah memberikan pendapatku, terpulanglah kepadanya.
aku senyum, suamiku turut senyum..ah..Aku syukur kepada Mu YA ALLAH..
kerana bahagiaku hadir disetiap senyuman suamiku..